Friday, 14 November 2014

Kuliah Tiga Minit (Kutimin)


Kuliah Tiga Minit (Kutimin)



*Usaha*

🌍*Sebagai pelajar kita kena ada usaha.

🌍*Kalau study last minute , adakah kita akan dapat result gempak?

🌍*Jangan mudah putus asa.
Kalau gagal jangan putus asa
.
🌍*Kalau putus asa, xakan maju

🌍*Jalan patut kita pilih, hanya satu jalan sahaja dimana, kita akan gagal dulu sebelum kita sampai ke tahap berjaya.

🌍*Dimana kita akan berusaha bersungguh2 untuk capai kejayaan.

Mahadi Fitri
03.11.14
Perjumpaan Vad20
Unlikewritten by : OJIE

Lewat

TERLEWAT...


Setiap dari kita mesti pernah melalui detik terlewat dalam melakukan sesuatu kerja. Sama ada berlaku secara tidak sengaja ataupun kita sengaja melakukanya, itu adalah terpulang kepada kejujuran diri kita sendiri. Disini ana ingin kongsikan satu cerita yang menarik buat semua insan-insan yang sering terlewat

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak-anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak-anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing-masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal-awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.


Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya. 
"here in Masjidil Haram sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.


Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat". 


Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya. Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.



Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. 

"I am sorry.. bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."



Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".



Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".


" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country". 


"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"


Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".

Kisah Si Pemecah Batu


Gambar Hiasan

  Pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengkritik tentang kenaifan diri sendiri. 

      Di bawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "Malangnya diri ini... Alangkah baiknya kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat dan tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka.

      Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir, tiba-tiba dia merasa keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

     "Wah, awan lebih hebat rupanya ! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari. "

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh bergerak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.

        Matanya leka mengekori awan yang berarak megak dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

        "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi ! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersegam. "Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

        Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupa-rupanya bukit yang tersegam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu !

        "Dan pemecah batu itu ialah AKU !"

        Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari, Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."

        Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

Kuasa Allah Tiada Had


Pelajar yang dibantu oleh Allah ketika peperiksaan



Itulah pelajar demikian


Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya::

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya...

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya...

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan...

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya...

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti...

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah...

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya...

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua...

SUMBER : terengganutimes.com

Friday, 26 September 2014

The Argumentative Muslim : Sheikh Ahmed Hossien Deedat

Salam Rahmat 
Ya Sodiqi wa Sodiqati




Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberikan peluang olehNya untuk menikmati hidup ini. So marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur Alhamdulillah terhadap Allah S.W.T yang masih lagi memberikan peluang kepada kita.

Mesti anda semua dah dapat agak apa topik yang ana ingin kongsikan pada entri kali ini. Yeappp, kali ini ana mahu berkongsi dengan anda sekalian tentang pendebat yang terulung dalam sejarah Islam iaitu Syeikh Ahmad Deedat.

Untuk pengetahuan anda semua. Ahmed Deedat dilahirkan di Surat, India pada 1 Julai 1918. Sejak kecil lagi beliau hidup dalam suasana kegawatan, keperitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain. Tapi itu semua bukan penghalang baginya untuk meneruskan kehidupan.


"Siapa sangka anak kecil yang dulunya terpaksa hidup penuh dengan kesukaran namun kini berjaya membuatkan hampir seluruh dunia mengenalinya."

Selain berdebat, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang sehingga kini dibaca oleh masyarakat. Antara bukunya yang paling menarik dan terkenal ialah " The Choice : Islam And Christianity ". Selain dari hafiz 30 juzuk Al-Quran, beliau juga telah menghafal kitab Bible untuk berdebat dengan pendeta-pendeta Kristian.


Jadi untuk mengenali lebih banyak lagi tentang Sheikh Ahmed Deedat, kami dari team Anak Muda Production telah membuatkan satu video kisah beliau. Ianya adalah The Argumentative Muslim : Sheikh Ahmed Deedat. Selamat menonton. :)




Akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Veluram, Afrika Selatan setelah sekian lama bertarung dengan maut. Semoga jasa dan baktinya terhadap Islam akan dikenang sepanjang zaman dan akan diberikan ganjaran yang tinggi oleh Allah S.W.T. Amin. Al-Fatihah untuknya.

*Maaf untuk ketidaksempurnaan video ini, kerana ana masih lagi baru dalam mendalami dunia edit-mengedit video ni. Terima kasih kerana sudi menonton video yang tidak seberapa ni.  Assalamualaikun dan salam rahmat.

Saturday, 20 September 2014

Remaja & Cinta

Assalamualaikum cinta,
Waalaikummussalam rindu  (pinjam ayat kawan)



Sebagai remaja, kita tidak akan terlepas daripada fitrah manusia iaitu menyukai satu sama lain. Memanglah tidak salah untuk bercinta, akan tetapi hakikatnya cara kita sendiri yang menentukan bercinta itu boleh atau haram.

Kita juga perlu tahu bahawa cinta itu sebenarnya ujian dari Allah. Allah nak uji kita, nak tahu macam mana kita mengawal benda tu. Oleh itu, jika kita ikut kata hati ianya boleh jadi macam-macam, akan tetapi jika kita berdoa dan berserah kepada Allah, InsyaAllah Dia akan menjaga kita agar tidak jatuh ke lembah fitnah.

Jadi ana memberikan contoh tiga situasi orang yang bercinta ini. Bolehlah anda menilai semuanya yang manakah yang terbaik untuk kita ikuti.


Situasi pertama : Typical Student
Terdapat dua org pelajar sekolah menengah sedang berdating ..
Boy : Will you marry me ?
Girl: Oh sure .. But U kita kan sekolah lagi ?
Boy: Takpe dear kita couple dulu .. Sampai masa kita bina masjid ..
.
. * Cakap serupa orang besar , padahal ..haih

Situasi kedua : Couple islamik 
Boy : ana rasa ana dah jumpa tulang rusuk kiri ana , sudikah enti menjadi suri hati ana
Girl : ana setuju * buat muka tegedik2* .. Bila kita nak langsung ?
Boy : tapi ana takut jumpa ayah enti ..apa kata kita COUPLE dulu .. Sampai masa kita bina masjid yg indah ini ..
Girl : ana setuju ..
.
*Yangg perempuan tu pon =_= *

Situasi ketiga : *no caption*
Boy : aq meminati kau dalam diam , tapi aq xmampu nak luahkan sebab aq masih belum bersedia untuk itu .. ( berbisik dalam hati )
Girl : Ya Allah hati aq terpaut pada ciptaanMU ..tapi aq bukan selayaknya untuk dia ..dia baik .. Aq ni hmm ( berbisik dalam hati ) .


*Lalu dua org ni mengambil keputusan untuk luahkan pada Allah .. Sambil menyerahkan segala ketentuan kepadaNya


Mana yang lebih baik ? Satu ? Dua ? Tiga ? Tentukan sendiri. Manusia tak sempurna tidak seperti malaikat yang tidak mempunyai nafsu. Kita manusia takkan dapat lari dari FITRAH INSANI iaitu meminati orang yang lain jantina daripada kita. Lagi-lagi yang remaja ni. 


Jangan marah pada fitrah andai kau sudah punya perasaan itu. Cinta tak pernah salah. Tapi yang salahnya CARA kita menghandle CINTA tersebut. Adakah dengan cara couple? Atau meluahkan melalui perantaraan. Meluahkan pada Allah. Pada orang yg kita percayai.?
.
Sakit menahan rindu ? Apa tu ? Bila kau sudah mula ada rasa cinta. Rasa rindu akan muncul. Sama seperti bila kita Jatuh Cinta pada Allah dan Rasul. Tapi rindu pada yang bukan halal sesuatu yang tak baik sebab sampai satu tahap ia boleh menyebabkab zina hati ..

Hati-hati guys ..
Justeru, Bila timbul je rasa tu, Allah kan ade  ..luahkan kat DIA .. 
.
Amalkan doa
" Ya Allah andai benar dia jodohku satukanlah hati kami , andai tidak ya Allah kau jodohkanlah dia dengan insan yang jauh lebih baik dari aku "
.

Kita bukan selamanya didunia, jangan pernah memberi harapan mahupun mengusik hati seseorang andai tidak pernah ada niat tuk menikahinya.
.
Apa-apapun jika wujud perasaan ni. Istighfar3, boleh jadi ianya mainan syaitan. Tetapi boleh jadi ianya Fitrah sebenar. Allah kan ade .. Doa ..jangan putus. Maka dengan itu "Jaga hati untuk yang halal guys" ..

Kejar Cinta Allah sebelum kau sibuk kejar cinta manusia ..

CINTAILAH 5 PERKARA
Cintakan Allah
Cintakan Rasulullah
Cintakan Ibu bapa
Cintakan Ummah
Cintakan kecemerlangan.

Disiplinkah Kita ???

Assalamualaikum 
bakal penghuni syurga ,



Gambar hiasan semata-mata tetapi amat berkait dengan disiplin

Kali ini ana ingin membicarakan topik "Disiplin". Yeaa, ana tahu ramai yang mengeluh jika dengar tentang disiplin. Ada yang kata syadid la, ketat la, over la, menyusahkan la dan banyak lagi. Banyak juga persoalan yang timbul dalam kalangan manusia tentang disiplin. Seperti, "apakah kepentingannya kepada pembentukan diri pelajar ?" dan "apakah kesannya kepada negara?"


Tapi hakikatnya mereka tidak pernah tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa dalam sesebuah institusi persekolahan, aspek disiplin merupakan perkara yang amat penting jika ingin cemerlang dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum. Pelajar yang tidak terurus dengan baik adalah cerminan tahap disiplin sekolahnya. Seperti yang kita tahu, pelajar hari ini adalah pemimpi hari esok, jadi bagaimana sesebuah negara itu akan membangun jika harapan-harapan mereka tidak bersikap untuk bangkit.



Tetapi jika kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang mengamalkan disiplin ini adalah untuk mencapai duniawi sahaja. Mereka langsung tidak berdisiplin terhadap Pencipta mereka.

Sebagai contoh, seseorang itu tidur awal di waktu malam. Dia berpendapat dengan tidur awal dapatlah dia datang awal ke tempat kerjanya. Jadi dapatlah kita simpulkan bahawa dia bangun awal adalah kerana untuk datang awal ke tempat kerjanya tetapi tidak pula bangun awal untuk solat Subuh awal. Nyatalah di situ bahawa dia lebih takut kepada majikannya daripada tuhannya sendiri. Adakah ini yang dimaksudkan dengan disiplin? Adakah disiplin itu hanyalah patuh kepada majikan sahaja? Oleh itu, marilah kita baca apa itu disiplin.


Definisi Disiplin


Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada kuasa, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan. Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.


Disiplin juga merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian.  




Cara Untuk Berdisiplin

Arahan Diri - Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.

Pengaruh Rakan - Selain dari arahan diri, pengaruh kawan juga adalah antara salah satu cara yang pentng untuk berdisiplin. Hal ini mungkin juga berlaku kepada kebanyakan pelajar. Sebagai contoh, seorang rakan kita itu aktif dalam kawad kaki, sudah tentu dia sentiasa tepati masa, dengar arahan ketua dan sebagainya. Jadi kita sebagai kawan, paling kurang pun kita dapat ikuti sedikit sebanyak cara hidup dia. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam memilih rakan kerana rakan yang baik akan selalu memperbetulkan kesilapan kita sebaliknya rakan yang kurang baik akan selalu mentertawakan kesilapan kita.

Didikan Guru - Persoalan disiplin bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku pelajar, sebaliknya di kalangan guru juga harus melihat disiplin itu sebagai sesuatu yang secara langsungnya wujud dalam peribadi masing-masing. Guru adalah role model kepada setiap pelajar, jika seseorang guru itu tidak mencerminkan disiplin yang baik bagaimana pula pelajar hendak mengaplikasikan kelakuan yang baik? Setiap gerak-geri guru akan diperhatikan bukan hanya dari pelajar bahkan juga dari ibu bapa pelajar tersebut. Jadi amat wajarlah bagi guru-guru untuk bersikap baik kerana ia akan ditiru oleh pelajar-pelajar.


Kesan Disiplin 


Kepada Pelajar - Natijahnya, jika seseorang pelajar itu berdisiplin maka dia akan mendapat kebaikan dan faedah untuknya sendiri. Pertamanya ialah seseorang itu akan dapat menguruskan masa dengan betul. Hai ini akan menyebabkan kehidupan seseorang itu akan lebih terurus dan teratur. Selain itu, pelajar itu mungkin juga akan mendapat pujian dan hormat dari orang-orang yang berada disekelilingnya. Oleh itu sudah tentu dia tidak akan mengalami kesukaran untuk bergaul dengan teman-teman disekelilingnya kerana dia adalah seorang insan yang boleh dipercayai.


Kepada Negara - Banyak pertanyaan yang timbul apakah kesan kepada negara jika rakyatnya berdisiplin? Ingin ana tekankan di sini bahawa untuk melihat sesebuah negara itu bertamadun ataupun tidak, kita mesti melihat pada akhlak dan kelakuan rakyatnya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh yang rakyat berdisiplin memberi kesan kepada sesebuah negara. Sebagai contoh, jika kita lihat negara Matahari Terbit atau Jepun yang mempunyai kemajuan jauh melangkaui kemajuan negara kita dari semua aspek kecuali dalam beragama, Mesti timbul di benak fikiran anda semua mengapakah dan bagaimana mereka boleh maju? Jawapannya mudah sahaja, kerana rakyatnya berdisiplin. Seperti yang kita tahu, Jepun adalah negara yang terbaik untuk diikuti dari segi disiplin rakyatnya yang sangat mementingkan masa, kebersihan, rasa hormat dan sebagainya. Jad, oleh sebab itulah negara Jepun mencapai kemajuan melangkaui negara-negara lain. 


Kepada Agama - Tidak lupa juga, disiplin dapat membangunkan agama melalui ketaatan penganutnya terhadap tuhan. Patuh kepada pencipta adalah amat dituntut dalam agama. Hal ini kerana dengan agamalah seseorang dapat meneruskan hidupnya sehingga ke hari ini. Tanpa adanya agama maka hilanglah panduan untuk seseorang itu meneruskan hidupnya. Sebagai contoh dalam Islam, kita banyak diajarkan supaya bersifat sabar untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan. Oleh itu, jika semua penganut agama berdisiplin dengan agamanya maka tidak hairanlah jika agamanya dapat menarik lebih ramai lagi manusia untuk menganutinya. Jadi, jika seseorang itu berdisiplin kepada agamanya, sudah tentu agama tersebut berjaya mendidik penganutnya.



Natijahnya, ana harap dapat sampailah kepada anda semua apa yang cuba ana sampaikan ini. Memanglah kadang kala disiplin ni syadid, tetapi percayalah jika anda mengamalkannya anda akan merasai sendiri nikmatnya hidup berdisiplin. Jadi setakat ini sahajalah entri ana kali ini. Maaflah di atas segala kekurangan dan kelemahan ana kali ini.Assalamualaikum