Friday 26 September 2014

The Argumentative Muslim : Sheikh Ahmed Hossien Deedat

Salam Rahmat 
Ya Sodiqi wa Sodiqati




Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberikan peluang olehNya untuk menikmati hidup ini. So marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur Alhamdulillah terhadap Allah S.W.T yang masih lagi memberikan peluang kepada kita.

Mesti anda semua dah dapat agak apa topik yang ana ingin kongsikan pada entri kali ini. Yeappp, kali ini ana mahu berkongsi dengan anda sekalian tentang pendebat yang terulung dalam sejarah Islam iaitu Syeikh Ahmad Deedat.

Untuk pengetahuan anda semua. Ahmed Deedat dilahirkan di Surat, India pada 1 Julai 1918. Sejak kecil lagi beliau hidup dalam suasana kegawatan, keperitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain. Tapi itu semua bukan penghalang baginya untuk meneruskan kehidupan.


"Siapa sangka anak kecil yang dulunya terpaksa hidup penuh dengan kesukaran namun kini berjaya membuatkan hampir seluruh dunia mengenalinya."

Selain berdebat, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang sehingga kini dibaca oleh masyarakat. Antara bukunya yang paling menarik dan terkenal ialah " The Choice : Islam And Christianity ". Selain dari hafiz 30 juzuk Al-Quran, beliau juga telah menghafal kitab Bible untuk berdebat dengan pendeta-pendeta Kristian.


Jadi untuk mengenali lebih banyak lagi tentang Sheikh Ahmed Deedat, kami dari team Anak Muda Production telah membuatkan satu video kisah beliau. Ianya adalah The Argumentative Muslim : Sheikh Ahmed Deedat. Selamat menonton. :)




Akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Veluram, Afrika Selatan setelah sekian lama bertarung dengan maut. Semoga jasa dan baktinya terhadap Islam akan dikenang sepanjang zaman dan akan diberikan ganjaran yang tinggi oleh Allah S.W.T. Amin. Al-Fatihah untuknya.

*Maaf untuk ketidaksempurnaan video ini, kerana ana masih lagi baru dalam mendalami dunia edit-mengedit video ni. Terima kasih kerana sudi menonton video yang tidak seberapa ni.  Assalamualaikun dan salam rahmat.

Saturday 20 September 2014

Remaja & Cinta

Assalamualaikum cinta,
Waalaikummussalam rindu  (pinjam ayat kawan)



Sebagai remaja, kita tidak akan terlepas daripada fitrah manusia iaitu menyukai satu sama lain. Memanglah tidak salah untuk bercinta, akan tetapi hakikatnya cara kita sendiri yang menentukan bercinta itu boleh atau haram.

Kita juga perlu tahu bahawa cinta itu sebenarnya ujian dari Allah. Allah nak uji kita, nak tahu macam mana kita mengawal benda tu. Oleh itu, jika kita ikut kata hati ianya boleh jadi macam-macam, akan tetapi jika kita berdoa dan berserah kepada Allah, InsyaAllah Dia akan menjaga kita agar tidak jatuh ke lembah fitnah.

Jadi ana memberikan contoh tiga situasi orang yang bercinta ini. Bolehlah anda menilai semuanya yang manakah yang terbaik untuk kita ikuti.


Situasi pertama : Typical Student
Terdapat dua org pelajar sekolah menengah sedang berdating ..
Boy : Will you marry me ?
Girl: Oh sure .. But U kita kan sekolah lagi ?
Boy: Takpe dear kita couple dulu .. Sampai masa kita bina masjid ..
.
. * Cakap serupa orang besar , padahal ..haih

Situasi kedua : Couple islamik 
Boy : ana rasa ana dah jumpa tulang rusuk kiri ana , sudikah enti menjadi suri hati ana
Girl : ana setuju * buat muka tegedik2* .. Bila kita nak langsung ?
Boy : tapi ana takut jumpa ayah enti ..apa kata kita COUPLE dulu .. Sampai masa kita bina masjid yg indah ini ..
Girl : ana setuju ..
.
*Yangg perempuan tu pon =_= *

Situasi ketiga : *no caption*
Boy : aq meminati kau dalam diam , tapi aq xmampu nak luahkan sebab aq masih belum bersedia untuk itu .. ( berbisik dalam hati )
Girl : Ya Allah hati aq terpaut pada ciptaanMU ..tapi aq bukan selayaknya untuk dia ..dia baik .. Aq ni hmm ( berbisik dalam hati ) .


*Lalu dua org ni mengambil keputusan untuk luahkan pada Allah .. Sambil menyerahkan segala ketentuan kepadaNya


Mana yang lebih baik ? Satu ? Dua ? Tiga ? Tentukan sendiri. Manusia tak sempurna tidak seperti malaikat yang tidak mempunyai nafsu. Kita manusia takkan dapat lari dari FITRAH INSANI iaitu meminati orang yang lain jantina daripada kita. Lagi-lagi yang remaja ni. 


Jangan marah pada fitrah andai kau sudah punya perasaan itu. Cinta tak pernah salah. Tapi yang salahnya CARA kita menghandle CINTA tersebut. Adakah dengan cara couple? Atau meluahkan melalui perantaraan. Meluahkan pada Allah. Pada orang yg kita percayai.?
.
Sakit menahan rindu ? Apa tu ? Bila kau sudah mula ada rasa cinta. Rasa rindu akan muncul. Sama seperti bila kita Jatuh Cinta pada Allah dan Rasul. Tapi rindu pada yang bukan halal sesuatu yang tak baik sebab sampai satu tahap ia boleh menyebabkab zina hati ..

Hati-hati guys ..
Justeru, Bila timbul je rasa tu, Allah kan ade  ..luahkan kat DIA .. 
.
Amalkan doa
" Ya Allah andai benar dia jodohku satukanlah hati kami , andai tidak ya Allah kau jodohkanlah dia dengan insan yang jauh lebih baik dari aku "
.

Kita bukan selamanya didunia, jangan pernah memberi harapan mahupun mengusik hati seseorang andai tidak pernah ada niat tuk menikahinya.
.
Apa-apapun jika wujud perasaan ni. Istighfar3, boleh jadi ianya mainan syaitan. Tetapi boleh jadi ianya Fitrah sebenar. Allah kan ade .. Doa ..jangan putus. Maka dengan itu "Jaga hati untuk yang halal guys" ..

Kejar Cinta Allah sebelum kau sibuk kejar cinta manusia ..

CINTAILAH 5 PERKARA
Cintakan Allah
Cintakan Rasulullah
Cintakan Ibu bapa
Cintakan Ummah
Cintakan kecemerlangan.

Disiplinkah Kita ???

Assalamualaikum 
bakal penghuni syurga ,



Gambar hiasan semata-mata tetapi amat berkait dengan disiplin

Kali ini ana ingin membicarakan topik "Disiplin". Yeaa, ana tahu ramai yang mengeluh jika dengar tentang disiplin. Ada yang kata syadid la, ketat la, over la, menyusahkan la dan banyak lagi. Banyak juga persoalan yang timbul dalam kalangan manusia tentang disiplin. Seperti, "apakah kepentingannya kepada pembentukan diri pelajar ?" dan "apakah kesannya kepada negara?"


Tapi hakikatnya mereka tidak pernah tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa dalam sesebuah institusi persekolahan, aspek disiplin merupakan perkara yang amat penting jika ingin cemerlang dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum. Pelajar yang tidak terurus dengan baik adalah cerminan tahap disiplin sekolahnya. Seperti yang kita tahu, pelajar hari ini adalah pemimpi hari esok, jadi bagaimana sesebuah negara itu akan membangun jika harapan-harapan mereka tidak bersikap untuk bangkit.



Tetapi jika kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang mengamalkan disiplin ini adalah untuk mencapai duniawi sahaja. Mereka langsung tidak berdisiplin terhadap Pencipta mereka.

Sebagai contoh, seseorang itu tidur awal di waktu malam. Dia berpendapat dengan tidur awal dapatlah dia datang awal ke tempat kerjanya. Jadi dapatlah kita simpulkan bahawa dia bangun awal adalah kerana untuk datang awal ke tempat kerjanya tetapi tidak pula bangun awal untuk solat Subuh awal. Nyatalah di situ bahawa dia lebih takut kepada majikannya daripada tuhannya sendiri. Adakah ini yang dimaksudkan dengan disiplin? Adakah disiplin itu hanyalah patuh kepada majikan sahaja? Oleh itu, marilah kita baca apa itu disiplin.


Definisi Disiplin


Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada kuasa, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan. Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.


Disiplin juga merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian.  




Cara Untuk Berdisiplin

Arahan Diri - Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.

Pengaruh Rakan - Selain dari arahan diri, pengaruh kawan juga adalah antara salah satu cara yang pentng untuk berdisiplin. Hal ini mungkin juga berlaku kepada kebanyakan pelajar. Sebagai contoh, seorang rakan kita itu aktif dalam kawad kaki, sudah tentu dia sentiasa tepati masa, dengar arahan ketua dan sebagainya. Jadi kita sebagai kawan, paling kurang pun kita dapat ikuti sedikit sebanyak cara hidup dia. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam memilih rakan kerana rakan yang baik akan selalu memperbetulkan kesilapan kita sebaliknya rakan yang kurang baik akan selalu mentertawakan kesilapan kita.

Didikan Guru - Persoalan disiplin bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku pelajar, sebaliknya di kalangan guru juga harus melihat disiplin itu sebagai sesuatu yang secara langsungnya wujud dalam peribadi masing-masing. Guru adalah role model kepada setiap pelajar, jika seseorang guru itu tidak mencerminkan disiplin yang baik bagaimana pula pelajar hendak mengaplikasikan kelakuan yang baik? Setiap gerak-geri guru akan diperhatikan bukan hanya dari pelajar bahkan juga dari ibu bapa pelajar tersebut. Jadi amat wajarlah bagi guru-guru untuk bersikap baik kerana ia akan ditiru oleh pelajar-pelajar.


Kesan Disiplin 


Kepada Pelajar - Natijahnya, jika seseorang pelajar itu berdisiplin maka dia akan mendapat kebaikan dan faedah untuknya sendiri. Pertamanya ialah seseorang itu akan dapat menguruskan masa dengan betul. Hai ini akan menyebabkan kehidupan seseorang itu akan lebih terurus dan teratur. Selain itu, pelajar itu mungkin juga akan mendapat pujian dan hormat dari orang-orang yang berada disekelilingnya. Oleh itu sudah tentu dia tidak akan mengalami kesukaran untuk bergaul dengan teman-teman disekelilingnya kerana dia adalah seorang insan yang boleh dipercayai.


Kepada Negara - Banyak pertanyaan yang timbul apakah kesan kepada negara jika rakyatnya berdisiplin? Ingin ana tekankan di sini bahawa untuk melihat sesebuah negara itu bertamadun ataupun tidak, kita mesti melihat pada akhlak dan kelakuan rakyatnya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh yang rakyat berdisiplin memberi kesan kepada sesebuah negara. Sebagai contoh, jika kita lihat negara Matahari Terbit atau Jepun yang mempunyai kemajuan jauh melangkaui kemajuan negara kita dari semua aspek kecuali dalam beragama, Mesti timbul di benak fikiran anda semua mengapakah dan bagaimana mereka boleh maju? Jawapannya mudah sahaja, kerana rakyatnya berdisiplin. Seperti yang kita tahu, Jepun adalah negara yang terbaik untuk diikuti dari segi disiplin rakyatnya yang sangat mementingkan masa, kebersihan, rasa hormat dan sebagainya. Jad, oleh sebab itulah negara Jepun mencapai kemajuan melangkaui negara-negara lain. 


Kepada Agama - Tidak lupa juga, disiplin dapat membangunkan agama melalui ketaatan penganutnya terhadap tuhan. Patuh kepada pencipta adalah amat dituntut dalam agama. Hal ini kerana dengan agamalah seseorang dapat meneruskan hidupnya sehingga ke hari ini. Tanpa adanya agama maka hilanglah panduan untuk seseorang itu meneruskan hidupnya. Sebagai contoh dalam Islam, kita banyak diajarkan supaya bersifat sabar untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan. Oleh itu, jika semua penganut agama berdisiplin dengan agamanya maka tidak hairanlah jika agamanya dapat menarik lebih ramai lagi manusia untuk menganutinya. Jadi, jika seseorang itu berdisiplin kepada agamanya, sudah tentu agama tersebut berjaya mendidik penganutnya.



Natijahnya, ana harap dapat sampailah kepada anda semua apa yang cuba ana sampaikan ini. Memanglah kadang kala disiplin ni syadid, tetapi percayalah jika anda mengamalkannya anda akan merasai sendiri nikmatnya hidup berdisiplin. Jadi setakat ini sahajalah entri ana kali ini. Maaflah di atas segala kekurangan dan kelemahan ana kali ini.Assalamualaikum

Berbaloikah Couple?


Assalamualaikum,

Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan wanita bukan mahram di phone.. (couple) Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua.... 



Syeikh: Kamu suka dia?


 Fulan: Ya syeikh.... 


Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa
dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu? 


Fulan: Ya syeikh... Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya... 


Syeikh: Bila kamu akan menikahinya? 


FulanLepas belajar syeikh... dalam 3 tahun lagi... 


Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi ber couple, wanita itu umpama air musta'mal.. ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh benda yang jijik dan sebagainya... apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? 



Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran... sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..Itu tandanya akal mereka sangat pendek... nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....


Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina.... dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini.... jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini... 


Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina..... apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia? 


Note : Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita... ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH !!! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk... memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.... fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan... 


Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram, mereka tanpa segan silu bergurau senda, dan sebagainya... sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka.. jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???


 Lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu.. tolong lah.... korang ada akal kuat.. korang tak bodoh.... korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang... tapi korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan, korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha... nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..... InsyaAllah jangan sampai nafsu mengawal akal biar akal mengawal nafsu !


copy and paste..

Tuesday 16 September 2014

A Tale Palestine Sovereignty

      




        Palestinians have been longing for independence and sovereignty since the fall of the Ottoman Empire in World War I. In 1917, the British colonial power at the time of capture historic Palestine, where the Jewish state is merely a dream in the minds of the Jews "around the world and the Ottoman Empire was drawing to an end, the factors that make the Palestinians hope they will finally have their own sovereignty over their own land.

        However, in the midst of such great expectations by the Palestinians, the British promised the Jews, free of charge, 'Jewish national homeland in the land of others, bringing Jewish immigrants also hope to practice some kind of sovereignty. Both the Jews in Palestine and the Palestinians began to combine their dreams with action on the ground; Palestine has been through several stops in their struggle against British colonial rule, such as the revolution in 1936, which was followed by some suggestions that are trying to make Jews share the indigenous Palestinian sovereignty over the land of Palestine.

        Palestinians in their turn against all plans, given their unequivocal right to the land of Palestine, until the 1947 United Nations partition plan, which provided 56% of Palestinian land to Israel and Arab Jerusalem city turned to the international market. Although the partition plan, which was approved by the international community and rejected by the Arabs, including Palestinians, have allowed the Palestinians to adopt a partial sovereignty over lands newly divided them. Palestinians later determined to fight again for their sovereignty, war broke out in 1948 following the departure of the British army, but because of many factors, particularly the Arab armies weak and organized militia many Israeli Jews, Palestinians have failed once again to see their dream (sovereignty) will come into reality.

       On June 5, 1967, Israel launched a major war against the Palestinians, Jordan, Egypt, Syria and end the occupation of the remaining part of Palestine, and extended the boundaries of the state of Israel 'spiked' into the Syrian Golan Heights, the Jordan Valley and the Sinai Peninsula of Egypt. Thus, the Palestinians have lost hope for sovereignty over the land of their country, because Israel imposed a strict military rule and begin to build more illegal Israeli settlements on Palestinian-owned land in different parts of the occupied Palestinian territories.  However, the Palestinians never gave up; they continue to struggle on the road to independence and sovereignty, especially popular uprising (Intifada) in 1987, which forced the late Prime Minister of Israel, Yitzhak Rabin, to recognize the right of Palestinians to sovereignty by signing the Oslo peace agreement with the Palestinian Liberation organization's chairman, the late Yasser Arafat in 1993, which helped create the first sign of sovereignty in the land of Palestine.

        Since the creation of the Palestinian National Authority (PNA) in 1994, up to now, the Israeli government has not allowed Palestinians to practice their sovereignty freely and widely, especially during the 2000 Camp David peace talks between PNA President Yasser Arafat and then Israeli Prime Minister Yehud Barak. These negotiations failed only when it comes to the occupied Palestinian sovereignty over East Jerusalem and the return of Palestinian refugees. 2000 Camp David talks failed to bring the second Intifada in September of that year; something handed rules of the game, such as the Palestinians, as Israel stubbornly policies during the Oslo period, had to fight again to sovereignty.


       In September 2005, Israel has left the physical part of the occupied Palestinian territories (Gaza), however, insist they do not give the Palestinians their legitimate right to sovereignty over their national lands, by maintaining control over the Gaza border crossings, routes sea ​​and air space, and also by not reaching an agreement with the PNA on the movement of Palestinian people and goods. In addition, the new Israeli government, has declared it will return back to the situation before 1967 (withdrawal from the West Bank), under the obsession of security, which has created a sea of ​​blood over the past four decades.

Kisah BAHLUL dan KHALIFAH HARUN Ar Rasyid

Kisah BAHLUL dan KHALIFAH HARUN Ar Rasyid
Dikisahkan sesungguhnya (BAHLUL) seorang yang dikenal sebagai orang gila dizaman abbasi khalifah Harun Arrosyid.
Pada suatu hari lewat Harun Arrosyid dihadapan Bahlul yang sedang duduk didekat kuburan. Maka berkata Harun Arrosyid kepadanya: wahai Bahlul kapan kamu berakal.?
Maka bahlul beranjak dari tempatnya lalu naik keatas pohon, lalu dia memanggil Harun Arrosyid dengan sekuat suaranya.
Wahai Harun yang gila kapan engkau sadar.?
Maka Harun Arrosyid menghampiri pohon dengan menunggangi kudanya dan berkata : siapa yang gila aku atau engkau yg selalu duduk dikuburan?
Bahlul berkata : aku berakal dan engkau yang gila.
Harun : bagaimana itu bisa?
Bahlul : karena aku tau bahwa gedungmu akan hancur dan kuburan ini kekekalan, maka aku memakmurkan kubur sebelum gedung, dan engkau memakmurkan gedungmu dan
menghancurkan kuburmu, sampai-sampai engkau takut untuk dipindahkan dari gedungmu kekuburan, padahal engkau tahu bahwa kamu pasti masuk kubur, maka katakan wahai Harun siapa yang gila diantara kita?
Maka bergetar hati Harun dan lalu menangis dengan tangisan yang sampai membasahi jenggotnya, lalu dia berkata: demi ALLAH engkau yang benar.
Lalu Harun berkata: tambahkan nasehatmu untukku wahai Bahlul.
Bahlul : cukup bagimu AlQur'an maka jadikanlah pedoman.
Harun : apa engkau memiliki hajat wahai bahlul? Aku akan berikan.
Bahlul : iya aku punya 3 permintaan, jika engkau penuhi aku akan berterima kasih padamu.
Harun : mintalah...
Bahlul : 1. Tambahkan umurku.
Harun : aku tak mampu.
Bahlul : 2. Jaga aku dr malaikat maut.
Harun : aku tak mampu.
Bahlul : 3. Masukkan aku kedalam jannah dan jauhkan aku dr api Neraka.
Harun : aku tak mampu.
Bahlul : ketahuilah engkau dimiliki (hamba) dan bukan pemilik (tuhan), maka aku tidak butuh padamu.
Kisah ini Dikutib dari kitab yang berjudul (orang-orang gila yang berakal)