Thursday 21 August 2014

Bersediakah Kita ?







Seorang bayi telah dilahirkan di israel yang mukanya miripseperti dajjal, Allah (s.w.t) telah berkata di dalam al-Qur’anbahawa seorang bayi yang kelihatan seperti dajjal akandilahirkan di israel dan itu adalah petanda hari perhitungan.

Telah dinyatakan juga di dalam al-Qur’an bahawa tanda ini
adalah sebahagian daripada tanda-tanda sebelum berlakunya
hari pembalasan.


 Oleh itu, para muslimin dan muslimat seharusnya sudah mula berubah dan menunaikan solat. Kamu tidak akan pernah tahu bila hari kiamat itu akan berlaku.


 Tanda-tanda Kiamat…..
-Homoseksual manusia memburuk-burukkan keturunan (atuk nenek) oranglain 

-Pakaian yang mempamerkan hampir seluruh anggota badan 

-Tiada lagi bintang di langit 

-Manusia hilang 

-Bangunan tinggi 

-Kemunculan Imam Mahdi 

-kemunculan Dajjal 

-Turunnya Nabi Isa (A.S)…  

-Kemunculan Yajooj Majooj..

-Terbitnya matahari dari barat; dimana pintu keampunan akan ditutup 

-Dab’bat al-Ard akan muncul dari tanah dan akan memberitanda kepada Muslim yang sebenar.

 -Kabus selama 40 hari.. yang akan membunuh orang yg benar2 percaya pada Allah agar mereka tidak lagi perlumenyaksikan tanda-tanda lain. 

-Sebuah kebakaran yang besar (dahsyat)…akan menyebabkan kehancuran (kucar kacir) 

-Kehancuran/kerosakkan Kaabah 

-Hilangnya tulisan di dalam al-Qur’an. 

-Sangkakala ditiup buat kali pertama; semua haiwan danorang kafir akan mati dan semua gunung dan bangunan akanmusnah. -Sangkakala ditiup buat kali kedua; semua ciptaan Allah akan mati dan akan dihimpunkan di padang Arafat untuk dihisab. -Matahari akan menghampiri bumi…


Nabi Muhammad S.A.W. berkata,

Siapa sahaja yang menyebarkan berita ini kepada orang lain,
akan aku tempatkan dia di dalam Jannah pada hari pembalasan….

Tuesday 19 August 2014

Iktibar dari sejarah Turki

Iktibar dari sejarah Turki - Kisah Mustafa Kemal Ataturk Jasad Tidak Diterima Bumi



Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Sunday 17 August 2014

Ukhuwah Anak Muda

Assalamualaikum Sahabat,

"aku suko ssaem dgn sep2 kito,,sb unlimited tep dgn sep2 kito,,mcm kluarga dh kito,,pehei dh panga masing2" - amer bojo

"Aaaaaaa!!!! suko ssaem dgn sep2 mu gnie" - capt ipey

"gillow,,kemah ukhuwah sep2 kito sapa ko hari ni bleh btahan" - halim rambo

"awok g larh ngaji mano2 pom,,awok xkan jupo dh ukhuwah supo d maahad" - ex cikgu MML


Itulah antara ungkapan-ungkapan emas yang pernah ana dengar daripada sahabat-sahabat ana sendiri. Sebenarnya banyak lagi ungkapan-ungkapan emas itu,tapi ana terpaksa simpan sedikit untuk kemudian hari.(hehe)

Friendship improves happines and abbates misery, by the doubling of your joy and the dividing of your grief

Secara logiknya, memang susah hidup kita seandainya tidak dapat berkomunikasi dengan manusia lain di atas muka bumi ini.

Ini kerana, kita merupakan hamba Allah yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain dalam meneruskan kehidupan.

Selain kita berkomunikasi dengan orang yang kita kenal seperti ahli keluarga dan guru, kita juga akan saling berhubung dengan orang yang kita panggil rakan atau sahabat.

Tapi, pernahkah kita terfikir mengapa kita berteman dengannya?

Sahabat itu sangat diperlukan.Tak kiralah siapa pun sahabat kita namun yang jelas,kita bersahabat dengan seseorang itu kerana kita dapat sesuatu manfaat dari dia.Betullah kan,mana ada orang nak berkawan dengan orang yang hanya mendatangkan masalah untuk dia.Tak kira la manfaat yang diharapkan dari sahabatnya itu perkara baik ke buruk.
Sahabat adalah orang yang mampu mencorakkan kehidupan kita. Seandainya kita tersilap memilih sahabat, maka natijah mendatangkan keburukan.


Ada yang bersahabat kerana dia tu classmate kita(ni paling famous kot),sebab dia tu sekampung kita,sebab dia pandai dan boleh ajar kita,sebab dia soleh boleh bimbing kita(harap2 ana dalam golongan ni).


Namun dari kacamata Islam,persahabatan itu diteraskan atas dasar keimanan.


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujuraat 49: 10]"


Jika kita lihat di sini,persaudaraan itu diskopkan kepada semua orang yang beriman.Dan hasil persaudaraan itu ialah taqwa dan matlamat hujungnya ialah mendapat keredhaan Allah. Itulah persahabatan sebenar.Rasulullah juga ada bersabda:
"Tidak beriman seseorang kamu sehingga menyintai sahabatnya seperti dia mencintai dirinya"

Di sini Rasulullah sendiri telah meletakkan panduan bersahabat itu.Kita harus jaga
kawan kita seperti kita jaga kita sendiri. Andainya kita mahu berikan sesuatu untuk sahabat, berilah yang berharga buat kita. Janganlah bagi benda yang kita dah tak guna.

Maka disini atas dasar ukhuwah sebenar,kita perlulah mengajak sahabat2 kita kearah ketaqwaan.Tak kurang juga ada "ukhuwah" dia atas dasar yang tak syarak.

Rempit contohnya.'Ukhuwah mereka memang kuat.Tapi dasarnya salah.Jadi persahabatan ini belum dijamin kesetiannya.Inilah yang dikatakan "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA". Niat mereka sebenarnya baik tapi hakikatntya cara mereka itu salah.

Disinilah kunci dan konsep kepanjangan persahabatan itu.Tak kira la ukhuwah islamiyah ke, ukhuwah rempitiah ke.Kawan kita itu ibarat elemen penting dalam persahabatan.Kalau seorang dari kita khianat, maka huru hara persabatan itu. Ibarat satu bangunan. Kalau tiangnya tiba-tiba pandai lari, boleh runtuh bangunan itu.
 Apapun, marilah kita check balik niat, sebab apa kita bersahabat. Memang tidak dinafikan kalau kita kadang-kadang bersahabat sebab dia mempunyai kelebihan tertentu, seperti pandai, ada kereta. Tapi perlu kita ingat, janganlah kelebihan itu dijadikan sebab utama kita bersahabat dengan dia. Bersahabatlah kerana Allah kerana itulah yang paling indah dan terjalinlah ukhuwah fillah, InsyaAllah.

Setakat inilah sahaja coretan ana kali ini, mohon maaf jika terdapat sedikit mahupun sebanyak kekurangan dalam coretan ana kali ini. Seperti yang sebelumnya, ana masih lagi belajar. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam Persahabatan, Salam Ukhuwah, Salam Satu Malaysia.


Assalamualaikum,,

Tie a Yellow Ribbon Around The Old Oak Tree

Assalamualaikum,


Cuma mahu share sebuah cerita yang mungkin boleh membuatkan kita menilai diri kita, supaya sayangkan keluarga kita juga adakah kita mampu memaafkan orang lain.

Begini ceritanya (True Story)



Pada tahun 1971 surat khabar New York Post menulis kisah nyata tentang seorang lelaki yang hidup di sebuah kota kecil di White Oak, Georgia, Amerika. Pemuda ini menikahi seorang wanita yang cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, lalu memukul anak dan isterinya.


Satu malam dia memutuskan untuk mengadu nasib ke kota besar, New York. Dia mencuri duit tabung isterinya, lalu dia naik bas menuju ke utara, ke kota besar, ke kehidupan yang baru. Bersama-sama beberapa temannya dia memulakan perniagaan baru. Untuk beberapa ketika dia menikmati hidup yang dia idamkan – Sex, judi dan dadah. Dia menikmati semuanya dan melupakan anak isterinya.


Bulan berlalu. Tahun berlalu. Bisnesnya gagal, dan dia mulai kekurangan wang. Lalu dia mulai terlibat dalam perbuatan jenayah. Ia menulis cek palsu dan menggunakannya untuk menipu wang orang. Akhirnya,dia tertangkap. Polis memasukkan dia ke dalam penjara, dan pengadilan menghukum dia tiga tahun penjara.


Menjelang akhir masa penjaranya, dia mulai merindukan rumahnya. Dia merindukan isterinya. Dia rindu keluarganya. Akhirnya dia memutuskan untuk menulis surat kepada isterinya, untuk menceritakan betapa menyesalnya dia. Bahawa dia masih mencintai isteri dan anak-anaknya.


Dia berharap dia masih boleh kembali. Namun dia juga mengerti bahawa mungkin sekarang sudah terlambat, oleh kerana itu ia menulis suratnya dengan menulis, “Sayang, engkau tidak perlu menunggu aku.


Namun jika engkau masih ada perasaan padaku, mahukah kau nyatakan?Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai pita kuning bagiku, pada satu-satunya pohon beringin yang berada di pusat kota. Apabila aku lalu dan tidak menemui sehelai reben kuning, tidak apa. Aku akan tahu dan mengerti. Aku tidak akan turun dari bas, dan akan terus menuju Miami. Dan aku berjanji aku tidak akan lagi menganggu engkau dan anak-anak seumur hidupku.”


Akhirnya hari pelepasannya tiba. Dia sangat gelisah. Dia tidak menerima surat balasan dari isterinya. Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau sekalipun dia membaca suratnya, apakah dia mahu mengampunkan kesalahan dia? Dia naik bas menuju Miami, Florida, yang melalui kampung halamannya, White Oak. Dia sangat sangat gugup. Seisi bas mendengar ceritanya, dan mereka meminta kepada pemandu bas itu, “Tolong, apabila lalu White Oak, jalan pelan-pelan…kita mesti lihat apa yang akan terjadi…”Hatinya berdebar-debar saat bas mendekati pusat kota White Oak. Dia tidak berani mengangkat kepalanya. Peluh dingin meleleh deras.


Akhirnya dia melihat pohon itu. Air matanya menitis…Dia tidak melihat sehelai reben kuning…Tidak ada sehelai reben kuning….Tidak ada sehelai……Melainkan ada seratus helai reben-reben kuning….bergantungan di pohon beringin itu…Ooh…seluruh pohon itu dipenuhi reben kuning…!!!!!!!!!!!!


Kisah nyata ini menjadi lagu hits nombor satu pada tahun 1973 di Amerika. Pemandu bas tersebut menelefon surat khabar dan menceritakan kisah ini. Seorang penulis lagu menuliskan kisah ini menjadi lagu, “Tie a Yellow Ribbon Around the Old Oak Tree”dan menjadi hits pada bulan April 1973.

Saturday 9 August 2014

EKSPIDISI ANAK MUDA

Assalamualaikum anak muda,

Kali ini ana nak ceritakan ekspidisi anak muda yg ana sertai lebih kurang dua tahun lepas.Ekspidisi ini adalah Kayuhan Anak Muda Kelantan yg disertai oleh 60 orang remaja termasuk ana.Destinasinya adalah dari Kota Bharu ke Geting,Tumpat dengan jarak lebih kurang 20km.Kayuhan kami memakan masa hampir 2jam.


"Lim,aq rasa baik kita cancel jela join program tu sebab Matjue, Iman nge Gmie xtahu ag bleh join ko x? Adib xakat handphone dio,,so,klu g pom aq dgn mu jela kot" - mesej ana kpd sahabat ana Halim..

"Xpo die,kalu kito duo skali pom hk g,,kito g jugok" - balas mesej Halim kpd ana

Selepas dapat mesej daripada Halim,ana terus call sahabat ana yang lain Gmie,Adib,Iman dan Matjue.Dengan kuasa Allah,mereka semua dapat join program ini dan analah insan yang paling gembira ketika itu.


Selepas dapat berita gembira itu maka bermulalah ekspidisi kami seusai solat Jumaat. Memang rasa happy gila2 sb dapat kenal lagi dengan remaja2 yang dari berlainan sekolah,kampung dan juga bandar.Lebih kurang pukul 5 lebih kami sampai di destinasi kami.Dah macam orang baru lepas mandi dek kerana peluh.Setelah sampai, kami diberi rehat oleh urusetia program sementara tunggu malam untuk berbabeku.Apabila tiba malam,kami disajikan dengan tazkirah atau ceramah yang bertajuk PEMUDA HARI INI PEMIMPIN HARI ESOK sebelum aktiviti barbeku.



Memang sangat kena tajuk itu dengan kami semua kerana kami adalah remaja. Well,setiap dari kita adalah pemimpin dan paling kurang adalah pemimpin untuk diri sendiri.
So, persoalanya adakah ana dah bersedia jadi pemimpin? Apakah sumbangan yang mampu ana berikan untuk agama,negara,keluarga,diri sendiri dan setiap perkara yang ana pimpin? Adakah ana mampu untuk jadi seorang pemimpin yang adil? Persoalan2 ini muncul dalam kepala ana sewaktu dengar ceramah itu.
Kadang2 ana sedih dengan diri ana sendiri sebab ana rasa belum layak lagi untuk ana jadi pemimpin tidak seperti kawan2 ana yang lain. Bagi ana untuk menjadi pemimpin seseorng itu perlu memenuhi krateria pemimpin. Tapi ternyata ana silap kerana mana mungkin seseorang itu dapat memenuhi semua krateria itu sebab mana ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Remaja2 lain tekun mendengar ceramah itu termasuk kawan2 ana sendiri Halim, Iman, Matjue, Gmie dan Adib. Kami semua terpegun dengan ceramah tersebut kerana sangat menarik minat kami. Tambahan lagi penceramah itu juga adalah bekas pelajar di sekolah kami,so itulah salah satu faktor kenapa kami tertarik dengan ceramah itu.


Seuai ceramah,kami dibenarkan pergi ke tempat istirahat masing2 untuk menukar pakaian untuk berbabeku.Selepas semua diantara kami selesai menyalin pakaian,Matjue mengajak kami untuk pergi jalan2 dan pantau kawasan sekeling sambil teman beliau untuk beli top-up. Setelah mendapat kebenaran daripada urusetia program,kami berenam pergi bersiar2 di sekitar kawasan Geting dengan menaiki basikal masing2 dalam keadaan gelap gelita.Setelah selesai membeli top-up,kami meneruskan agenda sendiri kami bersiar2 di kawasan sekeliling. Sampai satu ketika,kami singgah di tempat dikir barat.Selepas lebih kurang 15minit,kami pom beredar dari situ.


Pada malam itu jugalah kami dapat merasai nikmatnya bersiar2 di waktu malam dengan sahabat2 dan dapat menghayati ciptaan Allah.Dalam perjalanan pulang ke tempat barbeku,kami balik mengikut arah yang berlainan. Ana lalu di jalan raya sebab mata ana sedikit rabun pada waktu malam,manakala Halim, Gmie, Matjue, Iman dan Adib pulang melalui jalan pantai. Ana dengan takutnya terpaksa kayuh selaju mungkin untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.Sampai di destinasi,aku tengok remaja2 lain dah sibuk berbabeku, terasa bersalah pun ada sebab melepaskan kerja macam tu je semata2 untuk bersiar2.


Kami berenam makan dengan gelojohnya kerana lapar sangat. Setelah selesai acara makan,kami dibenarkan pulang ke tempat istirahat masing2 untuk berehat. Dilihat ramai anak muda yang lain tidak mahu pulang lagi sebab ingin bersiar2 dulu di pantai sementara itu,kami terus pulang berehat dek kerana penat bersiar2.


Sesampai di tempat isitrahat,kami tidak terus tidur sebaliknya kami berbual2 atau sharing moment diantara kami. Lama punya berbual,sampai rakan2 kami yang lain balik pun kami tidak perasan.Even semua orang dah tidur,kami still lagi berbual dan bergurau2 sesama kami sampai ana ditegur dek kerana terlalu menggangu orang lain.



 "kalu nok bbual gak, bbual kat luar nuh,,jangei ganggu ore lain nok tidor,,doh lar sumo ore kno bangun ppagi esok,,gi bbual luar nuh"

Itulah teguran yang ana terima daripada salah seorang urusetia program yang masih terpahat di hati ana. Lepas dari teguran itu,kami semua terus diam dan cuba untuk tidur.


Keesokan paginya,kami bersiap2 untuk pulang ke Kota Bharu. Sebelum bertolak balik,urusetia mengajak kami bersiar2 dan terokai kawasan pantai dengan basikal. Kami dapat peluang untuk lalui jalan yang jarang dilalui oleh orang awam. Setelah semua berkumpul, kami semua bertolak balik ke Kota Bharu. Di separuh perjalanan, secara kebetulan dan tanpa dirancang, basikal Halim,Gmie dan Adib mengalami kerosakan dan tidak dapat teruskan kayuhan, tinggallah ana,Iman dan Matjue yang meneruskan saki baki kayuhan sehinggalah sampai di destinasi.


Sebelum bersurai,kami sempat bersalaman dengan rakan2 kami yang lain kerana mungkin itu kali pertama dan kali terakhir kami berjumpa. Seusai majlis penutup,kami semua pulang ke rumah masing2 dengan beribu memori dan kenangan yang kami cipta.Semoga lepas ni ada lagi program2 santai anak muda macam program ini.

Inilah kami dari kiri Halim, Matjue, Adib, Iman, Ana, Gmie
Ketika ini kami semua adalah pelajar2 sekolah Maahad Muhammadi Lelaki tapi sekarang tidak lagi.

Halim - Universiti Kebangsaan Malaysa (UKM) jurusan Bahasa Arab
Matjue - Universiti Al-Azhar Mesir jurusan Medic *(bulan 9 nie akan masuk in sha Allah)
Adib - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) jurusan Islamic Banking Marketing
Iman - UNITEN jurusan Computer Science
Mahadi - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) jurusan Human Science
Gmie -  Universiti Islam Antarabangsa (UIA) jurusan Human Science




Jadi,setakat ini sahajalah coretan ana tentang Ekspidisi Anak Muda, Maaf untuk salah dan silap ana sepanjang coretan ini. Maaf juga jika coretan ana ini hambar kerana ana masih lagi baru dan masih lagi belajar dalam dunia bloggers ini.

Assalamualaikum w.b.t

















PAK GUARD KE USTAZ???



"Sehari ada 24 jam. Tolak 6 hingga 8 jam waktu tidur. Ada beberapa belas jam lagi. Tolak waktu hkerja atau ke kelas 8 hingga 10 jam lagi. Sekarang tinggal satu atau dua jam waktu personal. Malangnya, satu atau dua jam itu ramai orang sekarang habiskan dengan gajet dan komputer.Bila masa untuk baca al-Quran?

 "Abang jaga bersandar di tepi pagar sekolah. Jam menunjukkan pukul 11 malam." Sebenarnya, manusia itu tidak kira muda atau tidak. Manusia itu sehari ke sehari, ia makin lemah. Jasad nampak mantap, gagah dan kuat. Tapi, dalaman....

." Zam cuma memerhati abang jaga. Sambil memikirkan kebenaran kata-kata beliau. "Kau nak aku buat apa?" Zam bertanya serius. "Jadikan hidup kau cuma ada 22 jam sehari." Abang jaga berdiri tegak memandang Zam penuh serius. Senyum kambing. "Hah? Dua jam lagi ke mana?" "Waktu bercinta dengan al-Quran. Dua jam sehari. Mampu? Aku cabar kau." Abang jaga meletakkan tangannya di bahu Zam. Zam pandang tajam mata abang jaga. Zam bersuara geram. Pantang dicabar kelakiannya. "Mampu. Kalau kau pun mampu." Dicabarnya balik abang jaga. "Baiklah. Esok kita mulakan. Cuba habiskan baca 10 muka surat atau 20 muka surat bersamaan 1 juz sehari.Tapi, jangan buat demi sahut cabaran. Buatlah demi Tuhan.

 Allah berikan manusia masa 24 jam untuk hidup sehari-hari. Dia luangkan setiap detik dalam tempoh itu bersama-sama hamba-Nya. Dia mendengar harapan, keluh-kesah, adu sakit, rintih tangis. Jika Allah sudi luangkan masa yang sebegitu panjang untuk hamba. Mengapa tidak hamba luangkan secebis dari masa itu untuk Allah pula? Allah dah jadikan kita sebegini istimewa. Mengapa tidak kita betul-betul letakkan Allah di hati kita lebih istimewa dari segala-galanya? Selama ini kita hanya treat Allah sebagai Yang Mengabulkan Doa saja. Masa nak sesuatu, baru kita cari Dia. Masa sedih, baru cari Dia. Masa sulit, masa sakit, baru cari Dia. Nampak tak betapa kita ni pentingkan diri?

" Zam tersenyum. Abang jaga direnungnya lama-lama. "Kenapa kau jadi jaga je? Kenapa tak jadi ustaz?" Abang jaga pandang bulan. "Sebab nukilan agama ini bukan milik ustaz. Allah tak sebut orang itu, orang ini yang bawa mesej agama. Tapi, acapkali Dia sebut, 'orang-orang yang beriman', 'orang yang beramal soleh', 'orang yang bertaqwa'. Sesiapa pun layak ajak kepada Tuhan. Ada beza antara orang yang seru kepada agama dan orang yang ahli dalam membahaskan hukum-hakam. Nak tahu hukum yang betul, rujuk ustaz. Bukan aku. Kerana aku tidak pakar hukum hakam, selok belok agama.

 Sebab itu aku jaga sekolah ni. Bukan gaji besar yang aku harapkan. Cukuplah keberkatan gaji kecil ini buat aku tenang jalani kehidupan. Orang banyak duit, mereka mampu beli macam-macam yang mereka nak. Tapi orang miskin macam aku, perlu belajar erti sabar dan reda sebelum berangan beli sesuatu. Juga perlu banyak sabar dengan pandangan dan pendapat orang sekeliling tentang pekerjaan aku ini


." Zam terdiam lama. Dalam hatinya, benarlah dunia ini tidak pernah adil. Orang yang ada duit dipandang tinggi dan sebaliknya. Orang ada kerja tetap dipandang sebagai seorang yang boleh bagi jaminan hidup. Orang yang tiada kerja tetap, kerja sementara, kerja pindah-randah, dipandang sebagai orang yang tidak boleh diletakkan kepercayaan tinggi. Tidak boleh dijadikan sandaran. Terfikir jua apa terjadi dengan masa depannya. 

Alhamdulillah


I have done my work,Selepas cuti midsem nie ana dh smakin matang dgn hal2 duniawi ini, diharapkan rakan2 ana sekalian boleh lagi membimbing ana utk lebih matang lagi sehingga ana dpt mncapai cita2 ana..Actually, sblum ini rmai yg mngkritik ana d sbbkan prangai gila2 ana but diorang xtahu yg sbenarnya ana buat mcm tu adlah utk mngeratkan ikatan yg tlah terbina.Bagi ana,dgn hanya brguraulah stiap prsahabatan itu akan terus kekal,and dgn berguraularh kami still lg rapat sejak form2 lagi d sekolah Maahad Muhammadi Lelaki (*sebuah sekolah yg mlahirkan ramai legends)                                                                                                         


nie adalah sebahagian drp kawan2 ana (*tp lebih kepada adik-beradik) prgaulan kami memang gila2,tp still lagi mnjaga apa yg patut dijaga.

oNe BiG FaMiLy

nie adalah sebahagian drp kawan2 ana (*tp lebih kepada adik-beradik) prgaulan kami memang gila2,tp still lagi mnjaga apa yg patut dijaga.

hebatkan ukhuwwah kami,mungkin ada d antara kami yg bselisih phm,,tp kami xprnah bngaduh utk prselisihan phm itu,sebaliknya kami selesaikan dgn cara yg baik..Bagi ana,jika tiada jalan pnyelesaian yg baik brmakna mungkin dia itu belum bersedia utk mnjadi family kami.Mungkin agak kasar,tapi itulah kenyataannya yg harus diterima."we may not have it all together, but together we have it all because we are FAMILY"


so, sekadar inilah coretan ana untuk first blog ana,,semoga ukhuwwah yg dibina ke akhirnya..