Tuesday 2 December 2014

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam..


Jom baca 9 Jeneral Perang Terhebat sepanjang zaman dalam sejarah Islam yang dikongsikan oleh FB Jom Dakwah Bersama Ulama.. Berharap pada zaman sekarang terdapat juga Jeneral Perang Islam yang berjuang untuk umat Islam yang tertindas seperti di Palestin..

Gambar Hiasan

1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang kariernya.


2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenal sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.


5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.



Kisah Pelajar UIA Yang Bermimpi Bertemu Dengan Rasulullah S.A.W !!!

Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik...

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini...

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya...

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari...

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah...

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang...

Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”..

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah...

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya...

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah...

Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah...

Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. ..Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar)...

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”..
..
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya...

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air mata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi...

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam....

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak...

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini...

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”..

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah.. Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”..

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar...

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;..

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya...

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”..

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”..

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra...

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan….

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim."..

SUMBER : ohmymedia.my

Wednesday 19 November 2014

Kapten San Jin-Gu Memeluk Islam



KAPTEN San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini kejadian lama memang.
Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktekan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.
Itulah sebabnya, gerakan-gerakan sholat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yabg ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan sholat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit-prajuritnya, ia berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars]

Friday 14 November 2014

Menjadi Diriku

Salam Rahmat
Wahai Sahabat-Sahabatku Sekalian

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan dariNya untuk meneruskan lagi kehidupan ini. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Sama-samalah kita beristighfar atas semua dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Moga-moga akan diampunkan olehNya.





"Tak seperti Bintang di langit"
"Tak seperti indah Pelangi"
"Kerna diriku bukanlah mereka"
"Ku apa adanya"

* Edcoustic, Menjadi Diriku


Pernahkah kita merasa terlalu rendah diri berbanding orang-orang yang ada di sekeliling kita? Maksudnya menghabiskan masa dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah pada diri kita sendiri. Pernahkah bersikap sedemikian?


Jika pernah, maka kita adalah manusia yang terdiri dari golongan yang sentiasa tidak pernah bersyukur dengan apa adanya.


Pernahkah kita mengimpikan untuk menjadi orang lain seperti selebriti-selebriti di kaca tv kita? Atau model-model di ruangan majalah? Atau pernahkah kita mengimpikan untuk menjadi ciptaan-ciptaanNya yang lain seperti Matahari,Bulan,Bintang?


Jika pernah, nescaya kita adalah seorang yang tidak menikmati apa yang ada dalam diri kita. Serta mungkin kita tidak mengetahui apa kelebihan yang ada dalam diri kita ini sehinggalah kita yakin dengan diri sendiri.


 Yelah kan, mana bisa kita dapat mengetahui kelebihan yang ada pada diri kita jika kita asyik mengagumi serta mengimpikan untuk tidak menjadi diri kita.

Untuk pengetahuan kita semua, sebenarnya diri kita mempunyai kelebihan yang tersendiri yang sudah tentunya lebih hebat dari insan-insan yang lain. Untuk mengesan kelebihan itu, kita hendaklah melihat insan-insan yang lebih dhoif serta lemah dari kita. Dengan itu, barulah kita dapat belajar apa itu erti syukur dengan kelebihan diri.


Memanglah benar jika ada yang mendakwa diri mereka itu tidak sempurna dan ingin ubahkannya kepada yang lebih sempurna. Akan tetapi, nak berubah tu boleh, tapi janganlah sampai berubah keseluruhan diri sehingga tiada lagi yang mengenali kita. 

Teruk sangatkah diri kita ini untuk berubah sedemikian? 

Sepatutnya kita kena sedar dan yakin akan penerimaan orang lain terhadap kita. Adalah lebih baik menjadi diri sendiri daripada kita menipu diri dan menjadi bukan diri kita. 
Kerana jika seseorang itu tidak dapat menerima diri kita seadanya, itu bermakna dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Kita kena bangga dengan apa yang kita punya.

Dengan menjadi diri sendiri, kita akan bertambah yakin dalam melakukan sesuatu serta tidak perlu bersikap hipokrit untuk menjadi orang lain

 Justeru, untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha berserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenal pasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita akan mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan yang tersembunyi dalam diri kita.

 Setiap detik yang kita nikmati adalah anugerah yang kita miliki dariNya. Yakinilah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk dengan sebaik-baik kejadian. Semoga anda semua mendapat manfaat dari entri ana kali ini. Semoga kita bersua lagi.

Assalamualaikum w.b.t

Kuliah Tiga Minit (Kutimin)


Kuliah Tiga Minit (Kutimin)



*Usaha*

🌍*Sebagai pelajar kita kena ada usaha.

🌍*Kalau study last minute , adakah kita akan dapat result gempak?

🌍*Jangan mudah putus asa.
Kalau gagal jangan putus asa
.
🌍*Kalau putus asa, xakan maju

🌍*Jalan patut kita pilih, hanya satu jalan sahaja dimana, kita akan gagal dulu sebelum kita sampai ke tahap berjaya.

🌍*Dimana kita akan berusaha bersungguh2 untuk capai kejayaan.

Mahadi Fitri
03.11.14
Perjumpaan Vad20
Unlikewritten by : OJIE

Lewat

TERLEWAT...


Setiap dari kita mesti pernah melalui detik terlewat dalam melakukan sesuatu kerja. Sama ada berlaku secara tidak sengaja ataupun kita sengaja melakukanya, itu adalah terpulang kepada kejujuran diri kita sendiri. Disini ana ingin kongsikan satu cerita yang menarik buat semua insan-insan yang sering terlewat

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak-anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak-anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing-masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal-awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.


Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya. 
"here in Masjidil Haram sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.


Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat". 


Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya. Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.



Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. 

"I am sorry.. bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."



Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".



Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".


" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country". 


"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"


Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".

Kisah Si Pemecah Batu


Gambar Hiasan

  Pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengkritik tentang kenaifan diri sendiri. 

      Di bawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "Malangnya diri ini... Alangkah baiknya kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat dan tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka.

      Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir, tiba-tiba dia merasa keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

     "Wah, awan lebih hebat rupanya ! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari. "

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh bergerak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.

        Matanya leka mengekori awan yang berarak megak dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

        "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi ! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersegam. "Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

        Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupa-rupanya bukit yang tersegam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu !

        "Dan pemecah batu itu ialah AKU !"

        Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari, Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."

        Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

Kuasa Allah Tiada Had


Pelajar yang dibantu oleh Allah ketika peperiksaan



Itulah pelajar demikian


Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya::

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya...

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya...

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan...

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya...

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti...

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah...

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya...

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua...

SUMBER : terengganutimes.com

Friday 26 September 2014

The Argumentative Muslim : Sheikh Ahmed Hossien Deedat

Salam Rahmat 
Ya Sodiqi wa Sodiqati




Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberikan peluang olehNya untuk menikmati hidup ini. So marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur Alhamdulillah terhadap Allah S.W.T yang masih lagi memberikan peluang kepada kita.

Mesti anda semua dah dapat agak apa topik yang ana ingin kongsikan pada entri kali ini. Yeappp, kali ini ana mahu berkongsi dengan anda sekalian tentang pendebat yang terulung dalam sejarah Islam iaitu Syeikh Ahmad Deedat.

Untuk pengetahuan anda semua. Ahmed Deedat dilahirkan di Surat, India pada 1 Julai 1918. Sejak kecil lagi beliau hidup dalam suasana kegawatan, keperitan, kemiskinan, tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke negara lain. Tapi itu semua bukan penghalang baginya untuk meneruskan kehidupan.


"Siapa sangka anak kecil yang dulunya terpaksa hidup penuh dengan kesukaran namun kini berjaya membuatkan hampir seluruh dunia mengenalinya."

Selain berdebat, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang sehingga kini dibaca oleh masyarakat. Antara bukunya yang paling menarik dan terkenal ialah " The Choice : Islam And Christianity ". Selain dari hafiz 30 juzuk Al-Quran, beliau juga telah menghafal kitab Bible untuk berdebat dengan pendeta-pendeta Kristian.


Jadi untuk mengenali lebih banyak lagi tentang Sheikh Ahmed Deedat, kami dari team Anak Muda Production telah membuatkan satu video kisah beliau. Ianya adalah The Argumentative Muslim : Sheikh Ahmed Deedat. Selamat menonton. :)




Akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Veluram, Afrika Selatan setelah sekian lama bertarung dengan maut. Semoga jasa dan baktinya terhadap Islam akan dikenang sepanjang zaman dan akan diberikan ganjaran yang tinggi oleh Allah S.W.T. Amin. Al-Fatihah untuknya.

*Maaf untuk ketidaksempurnaan video ini, kerana ana masih lagi baru dalam mendalami dunia edit-mengedit video ni. Terima kasih kerana sudi menonton video yang tidak seberapa ni.  Assalamualaikun dan salam rahmat.