HIJRAH DIRI



Perubahan perlu dari dalam diri ke luar (inside out). Menunggu dan mengharapkan orang lain berubah tanpa kita sendiri berubah, bakal menggangu emosi semata.



Kita perlu bermula dengan diri sendiri dahulu ke arah yang lebih baik dan positif, maka aura perubahan yang positif di sekeliling kita akan mula terbentuk dan melekat menjadi satu pola perubahan kecil menjadi lebih besar.



Usah cepat menuding jari pada orang lain, kerana diri sendiri perlu diukur dalam muhasabah setiap masa.



Bentuk budaya untuk berubah dan berhijrah setiap hari. Hari ini lebih baik dari semalam. Esok belum tentu milik kita.



Maka hari ini adalah hari terbaik untuk kita lakukan apa sahaja sebaik mungkin asal terbatas dalam redhaNya.




Nota: Muhasabah diri. Masih dalam tema ‪#‎EmbraceChange‬

0 comments: