Wednesday 19 November 2014

Kapten San Jin-Gu Memeluk Islam



KAPTEN San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11 SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini kejadian lama memang.
Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Saat bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktekan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.
Itulah sebabnya, gerakan-gerakan sholat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yabg ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar prajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan sholat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada prajurit-prajuritnya, ia berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa ia duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandanya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars]

Friday 14 November 2014

Menjadi Diriku

Salam Rahmat
Wahai Sahabat-Sahabatku Sekalian

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan dariNya untuk meneruskan lagi kehidupan ini. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Sama-samalah kita beristighfar atas semua dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Moga-moga akan diampunkan olehNya.





"Tak seperti Bintang di langit"
"Tak seperti indah Pelangi"
"Kerna diriku bukanlah mereka"
"Ku apa adanya"

* Edcoustic, Menjadi Diriku


Pernahkah kita merasa terlalu rendah diri berbanding orang-orang yang ada di sekeliling kita? Maksudnya menghabiskan masa dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah pada diri kita sendiri. Pernahkah bersikap sedemikian?


Jika pernah, maka kita adalah manusia yang terdiri dari golongan yang sentiasa tidak pernah bersyukur dengan apa adanya.


Pernahkah kita mengimpikan untuk menjadi orang lain seperti selebriti-selebriti di kaca tv kita? Atau model-model di ruangan majalah? Atau pernahkah kita mengimpikan untuk menjadi ciptaan-ciptaanNya yang lain seperti Matahari,Bulan,Bintang?


Jika pernah, nescaya kita adalah seorang yang tidak menikmati apa yang ada dalam diri kita. Serta mungkin kita tidak mengetahui apa kelebihan yang ada dalam diri kita ini sehinggalah kita yakin dengan diri sendiri.


 Yelah kan, mana bisa kita dapat mengetahui kelebihan yang ada pada diri kita jika kita asyik mengagumi serta mengimpikan untuk tidak menjadi diri kita.

Untuk pengetahuan kita semua, sebenarnya diri kita mempunyai kelebihan yang tersendiri yang sudah tentunya lebih hebat dari insan-insan yang lain. Untuk mengesan kelebihan itu, kita hendaklah melihat insan-insan yang lebih dhoif serta lemah dari kita. Dengan itu, barulah kita dapat belajar apa itu erti syukur dengan kelebihan diri.


Memanglah benar jika ada yang mendakwa diri mereka itu tidak sempurna dan ingin ubahkannya kepada yang lebih sempurna. Akan tetapi, nak berubah tu boleh, tapi janganlah sampai berubah keseluruhan diri sehingga tiada lagi yang mengenali kita. 

Teruk sangatkah diri kita ini untuk berubah sedemikian? 

Sepatutnya kita kena sedar dan yakin akan penerimaan orang lain terhadap kita. Adalah lebih baik menjadi diri sendiri daripada kita menipu diri dan menjadi bukan diri kita. 
Kerana jika seseorang itu tidak dapat menerima diri kita seadanya, itu bermakna dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Kita kena bangga dengan apa yang kita punya.

Dengan menjadi diri sendiri, kita akan bertambah yakin dalam melakukan sesuatu serta tidak perlu bersikap hipokrit untuk menjadi orang lain

 Justeru, untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha berserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenal pasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita akan mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan yang tersembunyi dalam diri kita.

 Setiap detik yang kita nikmati adalah anugerah yang kita miliki dariNya. Yakinilah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk dengan sebaik-baik kejadian. Semoga anda semua mendapat manfaat dari entri ana kali ini. Semoga kita bersua lagi.

Assalamualaikum w.b.t

Kuliah Tiga Minit (Kutimin)


Kuliah Tiga Minit (Kutimin)



*Usaha*

🌍*Sebagai pelajar kita kena ada usaha.

🌍*Kalau study last minute , adakah kita akan dapat result gempak?

🌍*Jangan mudah putus asa.
Kalau gagal jangan putus asa
.
🌍*Kalau putus asa, xakan maju

🌍*Jalan patut kita pilih, hanya satu jalan sahaja dimana, kita akan gagal dulu sebelum kita sampai ke tahap berjaya.

🌍*Dimana kita akan berusaha bersungguh2 untuk capai kejayaan.

Mahadi Fitri
03.11.14
Perjumpaan Vad20
Unlikewritten by : OJIE

Lewat

TERLEWAT...


Setiap dari kita mesti pernah melalui detik terlewat dalam melakukan sesuatu kerja. Sama ada berlaku secara tidak sengaja ataupun kita sengaja melakukanya, itu adalah terpulang kepada kejujuran diri kita sendiri. Disini ana ingin kongsikan satu cerita yang menarik buat semua insan-insan yang sering terlewat

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak-anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak-anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing-masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal-awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.


Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya. 
"here in Masjidil Haram sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.


Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat". 


Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya. Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.



Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. 

"I am sorry.. bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."



Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".



Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".


" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country". 


"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"


Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".

Kisah Si Pemecah Batu


Gambar Hiasan

  Pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengkritik tentang kenaifan diri sendiri. 

      Di bawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "Malangnya diri ini... Alangkah baiknya kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat dan tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka.

      Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir, tiba-tiba dia merasa keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

     "Wah, awan lebih hebat rupanya ! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari. "

Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh bergerak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.

        Matanya leka mengekori awan yang berarak megak dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

        "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi ! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersegam. "Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

        Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupa-rupanya bukit yang tersegam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu !

        "Dan pemecah batu itu ialah AKU !"

        Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari, Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."

        Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

Kuasa Allah Tiada Had


Pelajar yang dibantu oleh Allah ketika peperiksaan



Itulah pelajar demikian


Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut. Begini ceritanya::

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya...

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya...

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan...

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya...

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti...

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah...

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya...

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua...

SUMBER : terengganutimes.com