PAK GUARD KE USTAZ???



"Sehari ada 24 jam. Tolak 6 hingga 8 jam waktu tidur. Ada beberapa belas jam lagi. Tolak waktu hkerja atau ke kelas 8 hingga 10 jam lagi. Sekarang tinggal satu atau dua jam waktu personal. Malangnya, satu atau dua jam itu ramai orang sekarang habiskan dengan gajet dan komputer.Bila masa untuk baca al-Quran?

 "Abang jaga bersandar di tepi pagar sekolah. Jam menunjukkan pukul 11 malam." Sebenarnya, manusia itu tidak kira muda atau tidak. Manusia itu sehari ke sehari, ia makin lemah. Jasad nampak mantap, gagah dan kuat. Tapi, dalaman....

." Zam cuma memerhati abang jaga. Sambil memikirkan kebenaran kata-kata beliau. "Kau nak aku buat apa?" Zam bertanya serius. "Jadikan hidup kau cuma ada 22 jam sehari." Abang jaga berdiri tegak memandang Zam penuh serius. Senyum kambing. "Hah? Dua jam lagi ke mana?" "Waktu bercinta dengan al-Quran. Dua jam sehari. Mampu? Aku cabar kau." Abang jaga meletakkan tangannya di bahu Zam. Zam pandang tajam mata abang jaga. Zam bersuara geram. Pantang dicabar kelakiannya. "Mampu. Kalau kau pun mampu." Dicabarnya balik abang jaga. "Baiklah. Esok kita mulakan. Cuba habiskan baca 10 muka surat atau 20 muka surat bersamaan 1 juz sehari.Tapi, jangan buat demi sahut cabaran. Buatlah demi Tuhan.

 Allah berikan manusia masa 24 jam untuk hidup sehari-hari. Dia luangkan setiap detik dalam tempoh itu bersama-sama hamba-Nya. Dia mendengar harapan, keluh-kesah, adu sakit, rintih tangis. Jika Allah sudi luangkan masa yang sebegitu panjang untuk hamba. Mengapa tidak hamba luangkan secebis dari masa itu untuk Allah pula? Allah dah jadikan kita sebegini istimewa. Mengapa tidak kita betul-betul letakkan Allah di hati kita lebih istimewa dari segala-galanya? Selama ini kita hanya treat Allah sebagai Yang Mengabulkan Doa saja. Masa nak sesuatu, baru kita cari Dia. Masa sedih, baru cari Dia. Masa sulit, masa sakit, baru cari Dia. Nampak tak betapa kita ni pentingkan diri?

" Zam tersenyum. Abang jaga direnungnya lama-lama. "Kenapa kau jadi jaga je? Kenapa tak jadi ustaz?" Abang jaga pandang bulan. "Sebab nukilan agama ini bukan milik ustaz. Allah tak sebut orang itu, orang ini yang bawa mesej agama. Tapi, acapkali Dia sebut, 'orang-orang yang beriman', 'orang yang beramal soleh', 'orang yang bertaqwa'. Sesiapa pun layak ajak kepada Tuhan. Ada beza antara orang yang seru kepada agama dan orang yang ahli dalam membahaskan hukum-hakam. Nak tahu hukum yang betul, rujuk ustaz. Bukan aku. Kerana aku tidak pakar hukum hakam, selok belok agama.

 Sebab itu aku jaga sekolah ni. Bukan gaji besar yang aku harapkan. Cukuplah keberkatan gaji kecil ini buat aku tenang jalani kehidupan. Orang banyak duit, mereka mampu beli macam-macam yang mereka nak. Tapi orang miskin macam aku, perlu belajar erti sabar dan reda sebelum berangan beli sesuatu. Juga perlu banyak sabar dengan pandangan dan pendapat orang sekeliling tentang pekerjaan aku ini


." Zam terdiam lama. Dalam hatinya, benarlah dunia ini tidak pernah adil. Orang yang ada duit dipandang tinggi dan sebaliknya. Orang ada kerja tetap dipandang sebagai seorang yang boleh bagi jaminan hidup. Orang yang tiada kerja tetap, kerja sementara, kerja pindah-randah, dipandang sebagai orang yang tidak boleh diletakkan kepercayaan tinggi. Tidak boleh dijadikan sandaran. Terfikir jua apa terjadi dengan masa depannya. 

0 comments: