Saturday 9 August 2014

EKSPIDISI ANAK MUDA

Assalamualaikum anak muda,

Kali ini ana nak ceritakan ekspidisi anak muda yg ana sertai lebih kurang dua tahun lepas.Ekspidisi ini adalah Kayuhan Anak Muda Kelantan yg disertai oleh 60 orang remaja termasuk ana.Destinasinya adalah dari Kota Bharu ke Geting,Tumpat dengan jarak lebih kurang 20km.Kayuhan kami memakan masa hampir 2jam.


"Lim,aq rasa baik kita cancel jela join program tu sebab Matjue, Iman nge Gmie xtahu ag bleh join ko x? Adib xakat handphone dio,,so,klu g pom aq dgn mu jela kot" - mesej ana kpd sahabat ana Halim..

"Xpo die,kalu kito duo skali pom hk g,,kito g jugok" - balas mesej Halim kpd ana

Selepas dapat mesej daripada Halim,ana terus call sahabat ana yang lain Gmie,Adib,Iman dan Matjue.Dengan kuasa Allah,mereka semua dapat join program ini dan analah insan yang paling gembira ketika itu.


Selepas dapat berita gembira itu maka bermulalah ekspidisi kami seusai solat Jumaat. Memang rasa happy gila2 sb dapat kenal lagi dengan remaja2 yang dari berlainan sekolah,kampung dan juga bandar.Lebih kurang pukul 5 lebih kami sampai di destinasi kami.Dah macam orang baru lepas mandi dek kerana peluh.Setelah sampai, kami diberi rehat oleh urusetia program sementara tunggu malam untuk berbabeku.Apabila tiba malam,kami disajikan dengan tazkirah atau ceramah yang bertajuk PEMUDA HARI INI PEMIMPIN HARI ESOK sebelum aktiviti barbeku.



Memang sangat kena tajuk itu dengan kami semua kerana kami adalah remaja. Well,setiap dari kita adalah pemimpin dan paling kurang adalah pemimpin untuk diri sendiri.
So, persoalanya adakah ana dah bersedia jadi pemimpin? Apakah sumbangan yang mampu ana berikan untuk agama,negara,keluarga,diri sendiri dan setiap perkara yang ana pimpin? Adakah ana mampu untuk jadi seorang pemimpin yang adil? Persoalan2 ini muncul dalam kepala ana sewaktu dengar ceramah itu.
Kadang2 ana sedih dengan diri ana sendiri sebab ana rasa belum layak lagi untuk ana jadi pemimpin tidak seperti kawan2 ana yang lain. Bagi ana untuk menjadi pemimpin seseorng itu perlu memenuhi krateria pemimpin. Tapi ternyata ana silap kerana mana mungkin seseorang itu dapat memenuhi semua krateria itu sebab mana ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.

Remaja2 lain tekun mendengar ceramah itu termasuk kawan2 ana sendiri Halim, Iman, Matjue, Gmie dan Adib. Kami semua terpegun dengan ceramah tersebut kerana sangat menarik minat kami. Tambahan lagi penceramah itu juga adalah bekas pelajar di sekolah kami,so itulah salah satu faktor kenapa kami tertarik dengan ceramah itu.


Seuai ceramah,kami dibenarkan pergi ke tempat istirahat masing2 untuk menukar pakaian untuk berbabeku.Selepas semua diantara kami selesai menyalin pakaian,Matjue mengajak kami untuk pergi jalan2 dan pantau kawasan sekeling sambil teman beliau untuk beli top-up. Setelah mendapat kebenaran daripada urusetia program,kami berenam pergi bersiar2 di sekitar kawasan Geting dengan menaiki basikal masing2 dalam keadaan gelap gelita.Setelah selesai membeli top-up,kami meneruskan agenda sendiri kami bersiar2 di kawasan sekeliling. Sampai satu ketika,kami singgah di tempat dikir barat.Selepas lebih kurang 15minit,kami pom beredar dari situ.


Pada malam itu jugalah kami dapat merasai nikmatnya bersiar2 di waktu malam dengan sahabat2 dan dapat menghayati ciptaan Allah.Dalam perjalanan pulang ke tempat barbeku,kami balik mengikut arah yang berlainan. Ana lalu di jalan raya sebab mata ana sedikit rabun pada waktu malam,manakala Halim, Gmie, Matjue, Iman dan Adib pulang melalui jalan pantai. Ana dengan takutnya terpaksa kayuh selaju mungkin untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.Sampai di destinasi,aku tengok remaja2 lain dah sibuk berbabeku, terasa bersalah pun ada sebab melepaskan kerja macam tu je semata2 untuk bersiar2.


Kami berenam makan dengan gelojohnya kerana lapar sangat. Setelah selesai acara makan,kami dibenarkan pulang ke tempat istirahat masing2 untuk berehat. Dilihat ramai anak muda yang lain tidak mahu pulang lagi sebab ingin bersiar2 dulu di pantai sementara itu,kami terus pulang berehat dek kerana penat bersiar2.


Sesampai di tempat isitrahat,kami tidak terus tidur sebaliknya kami berbual2 atau sharing moment diantara kami. Lama punya berbual,sampai rakan2 kami yang lain balik pun kami tidak perasan.Even semua orang dah tidur,kami still lagi berbual dan bergurau2 sesama kami sampai ana ditegur dek kerana terlalu menggangu orang lain.



 "kalu nok bbual gak, bbual kat luar nuh,,jangei ganggu ore lain nok tidor,,doh lar sumo ore kno bangun ppagi esok,,gi bbual luar nuh"

Itulah teguran yang ana terima daripada salah seorang urusetia program yang masih terpahat di hati ana. Lepas dari teguran itu,kami semua terus diam dan cuba untuk tidur.


Keesokan paginya,kami bersiap2 untuk pulang ke Kota Bharu. Sebelum bertolak balik,urusetia mengajak kami bersiar2 dan terokai kawasan pantai dengan basikal. Kami dapat peluang untuk lalui jalan yang jarang dilalui oleh orang awam. Setelah semua berkumpul, kami semua bertolak balik ke Kota Bharu. Di separuh perjalanan, secara kebetulan dan tanpa dirancang, basikal Halim,Gmie dan Adib mengalami kerosakan dan tidak dapat teruskan kayuhan, tinggallah ana,Iman dan Matjue yang meneruskan saki baki kayuhan sehinggalah sampai di destinasi.


Sebelum bersurai,kami sempat bersalaman dengan rakan2 kami yang lain kerana mungkin itu kali pertama dan kali terakhir kami berjumpa. Seusai majlis penutup,kami semua pulang ke rumah masing2 dengan beribu memori dan kenangan yang kami cipta.Semoga lepas ni ada lagi program2 santai anak muda macam program ini.

Inilah kami dari kiri Halim, Matjue, Adib, Iman, Ana, Gmie
Ketika ini kami semua adalah pelajar2 sekolah Maahad Muhammadi Lelaki tapi sekarang tidak lagi.

Halim - Universiti Kebangsaan Malaysa (UKM) jurusan Bahasa Arab
Matjue - Universiti Al-Azhar Mesir jurusan Medic *(bulan 9 nie akan masuk in sha Allah)
Adib - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) jurusan Islamic Banking Marketing
Iman - UNITEN jurusan Computer Science
Mahadi - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) jurusan Human Science
Gmie -  Universiti Islam Antarabangsa (UIA) jurusan Human Science




Jadi,setakat ini sahajalah coretan ana tentang Ekspidisi Anak Muda, Maaf untuk salah dan silap ana sepanjang coretan ini. Maaf juga jika coretan ana ini hambar kerana ana masih lagi baru dan masih lagi belajar dalam dunia bloggers ini.

Assalamualaikum w.b.t

















0 comments: